Hari ni saya just nak share je beberapa maklumat, manalah tau kot-kot bermanfaat pada pemilik rumah yang ada cadangan nak jual rumah. Kadang-kadang rasa macam susah sangat atau lambat sangat nak jual.
1. **Tahap Urgency untuk jual
- kalau pihak owner memang perlu jual segera rumah yang dimiliki ada beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum nak jual rumah. Antaranya persaingan harga kawasan sekeliling. Kalau harga tinggi kebiasaannya akan mengambil masa utk rumah tersebut dijual. Kesimpulannya kalau urgent nak jual, tak berapa sesuai letak harga yang tinggi.
2. **Kepentingan Condition Rumah
- Membeli rumah ni memerlukan pelaburan yang besar dan komitmen yang lama. Oleh itu pembeli biasanya amat teliti dengan keadaan rumah yang nak dibeli. Condition rumah yang baik dan cantik pastinya amat membantu memberikan 1st impression yang baik kepada pembeli seterusnya boleh membantu pembeli buat keputusan berbanding dengan rumah yang keadaannya bersepah & rosak.
Jadi kalau nak cepat jual rumah anda, kalau boleh re-condition kan semula serba sedikit rumah agar lebih cantik, lebih mudah dan lebih cepat dijual. Harga pun boleh letak lebih baik.
3. **Market price vs Market Value
- Memang saya faham, semua pemilik rumah pun nak jual rumah mereka dengan harga yang paling tinggi dan menguntungkan. Tapi pihak owner juga kena lihat keadaan semasa pasaran hartanah.
Tak semestinya kalau dulu jiran kita berjaya jual rumah dengan harga 800k kita pun dapat jual dengan harga yang sama hanya disebabkan kita dalam satu kawasan. Banyak faktor yang mempengaruhi. Antaranya, renovasi rumah, keadaan ekonomi semasa waktu rumah dijual dan sebagainya. Iya betul value kawasan tersebut mungkin sampai 800k tapi market price yang kebanyakannya orang jual di kawasan tersebut mungkin hanya 600k - 750k.
Kalau pihak owner nak jual lebih daripada market price, memang agak susah dan mungkin akan mengambil masa yang lama untuk dijual
**NAK SAYA CHECKKAN ANGGARAN VALUE RUMAH?
Owh ya kalau ada yang saja nak checkkan anggaran value rumah yang anda miliki sekarang ni saya boleh tolong checkkan berdasarkan tahun² sebelum ni punya transaksi. Boleh isikan form yang saya sediakan kat bawah ni dan saya akan cuba respon..
Comentários