Hari ni aku nak sharekan sikit perkongsian daripada salah sorang member aku dari Duoz Technology Sdn Bhd, company yang bantu buat website dan mobile apps untuk business. Brother Huzaifah, Perkongsian kali ni tentang kepentingan Google My Business untuk perniagaan dan bagaimana ia boleh membantu business yang korang jalankan.
Ok, sebelum kita terus pergi kepada 5 kelebihan tu, bagi aku story sikit kenapa aku rasa perkara ni penting, ni aku coretkan sikit pengalaman aku ber-Google. Dulu-dulu. dalam 4-5 tahun lepas, kalau aku taip nama business di Google, aku memang tak jumpa dan tak keluar pun kat page Google, apatah lagi nak keluar kat page pertama. Kalau taip produk atau servis yang offer pun lagi lah tak keluar, yang keluar ialah nama-nama dari syarikat lain. Ada beberapa caralah untuk website syarikat kita terpapar di muka pertama, salah satu cara ialah dengan menggunakan google ads, dan cara ini yang aku gunakan sebelum ni dan cara ni pulak kena berbayar.
Tiba-tiba, pada satu hari... Huzai ada sharekan kat FB dan dia bagitau perlu untuk business register di Google My Business dan ianya pun PERCUMA je. Aku pun try register gunakan Google My Business, dan WOW.. website aku lepas register tu lebih mudah nak terpapar di Google search result. Ianya amat memudahkan untuk visibility website business aku di dalam Google. Siap boleh dimasukkan pelbagai maklumat penting seperti map, working Hour, review dan sebagainya. memang sangat bermanfaat.
Baru-baru ni aku ada hubungi Huzaifah nak mintak dia kongsikan serba sedikit pasal kelebihan Google My Business ni, pasal dia pun memang dalam bidang ni, so bawah ni perkongsian bro Huzai tentang Google My Business.
Apa itu google my business.
Secara umum Google My Business ni ialah tool untuk kita as business or organization nak manage online presence di Google.
Contoh rupa Google My Business
bila kita taip The Gifts Dept di Google maka keluarkan maklumat company aku kat belah kanan tu. Kalau dulu-dulu memang tak jumpa.
Setiap hari berapa billion orang search kat google. Bayangkan kalau setiap search customer buat yang berkaitan dengan product dan service kita, tapi malangnya maklumat kita tak keluar di Google. Sayang sekali. Mungkin salah seorang yang tengah search tu memang perlukan produk atau servis yang kita tawarkan dan mungkin juga bernilai puluhan ribu ringgit. Tapi tak jumpa pulak syarikat kita di Google... Sayang... kita hilang peluang kat situ hanya disebabkan mereka tak jumpa maklumat syarikat kita.
Kalau boleh biarlah bila mereka search di Google, mereka akan jumpa business kita. Ia dapat bantu meninggikan peluang untuk kita offer produk atau servis kita kepada mereka. Kalau pun mereka yang cari di Google tak kenal dengan nama syarikat kita, tapi kalau boleh bila mereka cari produk atau servis yang berkaitan, maklumat business kita terpampang depan mata mereka
contoh nya:
Bila orang search" kedai makan sedap johor', dapat jumpa kedai makan kita.
Orang search 'payroll outsourcing petaling jaya', jumpa company kita sebagai salah satu company yang listed dekat google.
Orang search 'western food kajang', jumpa kedai kita yang jual makanan western.
5 Manfaat guna google my business
1. Kelebihan dalam Online presence:
Ia dapat bantu online presence untuk business korang, bila orang cari di Google tentang business kita atau produk kita, ia dapat memudahkan orang untuk jumpa maklumat business kita berbanding mereka yang mempunyai business yang sama tapi tidak menggunakan Google My Business.
2. Social proof:
Dalam Google My Business ada features reviews. Di situ rakan niaga, atau pelanggan boleh menulis review dan memberikan rating. Review dan rating tersebut dapat memberikan 'Social Proof' untuk business kita. Testimonial untuk business korang juga boleh diletakkan di situ sebagai bukti dan level kepuasan hati yang business anda berikan.
3. Membina Kepercayaan Bakal Customer:
Bila dah nampak availability business kita di internet, dah nampak maklumat berkaitan seperti alamat, jenis business dan sebagainya dan ada review & rating serta testimonial daripada pelanggan lagi, ianya dapat menguatkan dan membuktikan yang business kita adalah legit dan beroperasi secara proper. Ia dapat membantu membina kepercayaan kepada bakal customer terhadap business kita (Ingat, orang yg nak scam guna money laundry pun akan wujudkan google my bisness dan website)
4. Senang Orang Nak Jumpa Lokasi:
Mudah untuk bakal pelanggan nak tuju ke lokasi business kita, bila dah ada dalam Google My Business ni korang kena masukkan sekali maklumat lokasi. So bila orang search dan tahu business anda dimana senang mereka nak tuju. Hanya click saha melalui goole map mereka akan terus di guide ke lokasi business korang menggunakan google map atau waze.
5. Customer Mudah Dapat Perkembangan Terkini:
Korang boleh masukkan latest business update korang kat dalam Google My Business sekali, so mereka yang cari nanti akan tahu maklumat-maklumat penting seperti business hour, contact number, produk business anda dan sebagainya
Macamana nak set-up google my business
Kitorang tak share lah step by step guideline kat blog ni. Tak susah pun nak setup, korang boleh register kat sini: https://www.google.com/business/
kemudian click je "Manage now" dan follow step by step.
Kesimpulan
so, bro Huzai dah pun sharekan manfaat-manfaat penting berkenaan Google My Business ni, pada aku apa-apa tools yang bersesuaian lagi menjimatkan, kita gunakanlah sebaik mungkin. Nak mudahkan orang jumpa business kita di Google kita boleh gunakan Google My Business ni, selain daripada cara-cara lain. Google My Business ni pun FREE je pun, dan boleh diuruskan menggunakan browser ataupun mobile App sahaja. Nak update gambar ke, waktu bekerja ke, cuti umum ke, produk ke boleh dimanage melalui App Google My Business. So harap perkongsian ni dapat bermanfaat dan dapat membantu lebih visibility business korang di internet.
Sekian, Adios
Comments