Aku pernah beberapa kali pengalaman pasal buat website ni, to be exact 2 kali la.. pernah hire freelance & company untuk web, berdasarkan pengalaman, aku selalunya menghadapi 3 masalah ni.
Proses ambil masa, due to masalah dalam komunikasi ting tong.. ting tong.. penyediaan isi kandungan dan sebagainya.
Bila nak update dan nak ubah website kena tunggu masa dan mungkin akan melibatkan kos tambahan.
Kos yang mungkin agak tinggi untuk business kecil-kecilan.
Mungkin korang pun pernah menghadapi masalah yang sama macam aku ni.. last-last aku buat sendiri je website dan maintain sendiri je, rasanya macam lebih mudah. Bukan niat nak kata yang website service kat luar tu tak bagus ya.. ramai yang bagi good service, member aku pun ramai je yang bagi service buat website dan kebanyakkan bagus-bagus semua. Cuma tujuan aku share ni sekadar untuk memberikan option kalau-kalau korang pening pasal kos dan nak try buat sendiri, dan maintain dulu website korang.
Memandangkan aku dah terjumpa jalan yang paling mudah ni aku sharekan lah kat korang ya. Lepas tau pasal web builder ni aku siap dah buat 2 website untuk company aku sendiri dan 1 blog aku sendiri (Blog yang korang tengah baca ni lah). Bagi memudahkan guideline aku pecahkan kepada 3 easy steps je.
Tapi jangan expect lepas try terus menjadi website korang tu. Memang kena explore dan familiarize dulu dengan tools & features yang dia ada. So far platform ni yang paling mudah dan yang paling jimat nak buat website yang aku pernah jumpa. Especially untuk business kecil macam business aku ni. Tak rugi pun explore & belajar sendiri, sebab memang senang je nak buat.
Tapi jangan expect lepas try terus menjadi website korang tu. Memang kena explore dan familiarize dulu dengan tools & features yang dia ada
Sebelum start aku nak bagitau dulu untuk proceed ni memang korang kena guna PC atau Laptop ehh.. nak buat website guna Smart Phone memang aku tak pernah try lagi.
STEP #1 - REGISTER PERCUMA
First thing first... korang terus pergi ke link ni dan sign up for PERCUMA je. Click dan register terus SEKARANG sebelum korang teruskan bacaan, kang lambat pulak korang nak start buat website sendiri Click link sini. lepas dah register masuk balik blog ni. Lepas register nanti korang boleh dapat access beratus template website percuma, professional dan cun-cun kat situ. Link tu akan bawak ke page bawah ni. Click Start Now, kemudian isikan maklumat-maklumat email dan jenis website yang korang nak buat.
Click Start Now.
Click Sign-up
Isikan Maklumat email
Masukkan tujuan website yang nak dbuat, nak SKIP pun boleh kalau tak nak isi
Click See Recommendation
korang dah baca sampai sini korang dah register ke belum? nak masuk ke step ke-Dua ni, kalau masih belum register kat link ni ya.. kalau dah register jom kita ke step ke-Dua
STEP #2 - PILIH TEMPLATE YANG ANDA SUKA DAN MASUKAN CONTENT
Choose the best template that suit you or your business & edit the content, photo, and information.
Kat sini dia akan berikan 2 option, menggunakan ADI (Artificial Design Intelligence) - sebelah kiri atau Choose a template SEBELAH KANAN. Saya kuat untuk cadangkan korang CLICK PILIHAN SEBELAH KANAN. korang ada lebih freedom untuk ubah suai website mengikut citarasa anda sendiri. Aku ingatkan sekali lagi ya, dah sampai sini sila CLICK SEBELAH KANAN..
Kemudian korang akan dibawa ke beratus template, jangan rambang mata pulak ya. Korang boleh pilih mana template yang korang suka mengikut citarasa dan kesesuaian business korang.
korang boleh view website template tu untuk tengok macamana dia berfungsi dan juga boleh pilih untuk terus edit untuk masukkan content business korang.
Video explanation pun ada kalau korang nak dapatkan guide daripada wix untuk website korang
Aku suka nak cadangkan korang explore dulu template yang ada, cuba edit dan ubahkan gambar-gambar kat dalam tu. Nak tukar text, nak masukkan video, grafik dan sebagainya. Masa mula-mula try ni bukan boleh terus buat ya.. explore dan familiarize kan diri dulu dengan features-features yang ada. Jangan risau buat silap, boleh delete dan buat semula yang baru.
Dari template tu kalau korang nak tambah page pun boleh.. click kat site menu tu tambah aje page. Then kalau nak susun page tu pun mudah je, boleh drag aje untuk susun
Di sebelah kiri tu element-element yang boleh ditambah ke dalam website. Macam aku cakap tadila, jangan takut terbuat silap, explore je dulu. First template yang korang explore ni tak semestinya terus jadik website yang perfect. Explore & familiarizekan diri je dulu, then boleh pilih template yang sama semula atau template lain untuk proceed buat website.
Template ni akan auto-save sendiri untuk make sure kerja-kerja korang buat tu updated. Dan korang boleh tekan preview untuk nengok website korang macamana rupa. Dan kalau nak terus publish pun boleh. Jangan risau ya, untuk versi percuma ni wix akan bagi domain daripada wix sendiri. Contoh domain yang wix bagi www.helmyizzudin.wixsite.com/home.
Yang lagi best korang boleh terus boleh tengok website korang dalam bentuk mobile web view. Website korang kelihatan macamana melalui handphone. Click icon berbentuk handphone disebelah atas untuk view dalam bentuk mobile.
Kat sini pun korang boleh edit untuk letak atau hide maklumat yang terlalu panjang, biasanya dalam mobile view ni maklumat yang diletakkan adalah lebih ringkas. Jadi korang godek-godeklah sepuas hatii sampai korang dapat gain skill untuk edit-edit. Memang cara yang paling simple yang aku pernah jumpa.
STEP #3 - PUBLISH YOUR WEBSITE
Kalau nak publish boleh tekan butang publish disebelah kanan page. kSo bila dah puas godek-godek, kalau first template korang dah puas hati tu korang rasa nak publish dah boleh publish. Kalau korang publish tu pun kalau korang nak ubah pun masih boleh. Jangan risau, boleh diubah pada bila-bila masa.
Tadaaa.. Bila dah click PUBLISH website FREE version korang dah ready kat dalam internet. Take note ya untuk yang FREE version domain ialah sepertimana yang diberikan oleh Wix. Dan akan ada janama Wix pada website korang. Contoh www.helmyizzudin.wixsite.com/home.
So kalau korang dah excited dan rasa ok nak try-try dulu buat website boleh click di link ni https://bit.ly/LinkWebBuilder dan kalau korang nak connect ke Domain sendiri korang boleh upgrade terus dengan harga serendah USD 4.50 sebulan (lebih kurang RM 20/sebulan)
Sekian sharing aku pada hari ni.. Semoga adalah manfaat ya sikit-sikit. Terima kasih sudi baca.. Sekian Adios
Comentarios