top of page
Green Geometric Shapes

HELMY IZZUDIN

SHARING | BUSINESS | PROPERTY
Writer's pictureHelmy Izzudin

Case Study: 2 Element Penting, bantu stability busines yang aku Céduk dari business Kak Aina ni

Updated: Jul 13, 2020

Kali ni aku nak cerita tentang business salah sorang kawan berniaga yang aku kenal, Kak Rozina Md Derus ataupun aku biasa panggil Kak Aina. Business Kak Aina dah mula sejak dari tahun April 2013 lagi dan aku mula-mula kenal Kak Aina pun pada tahun 2014. Tapi sebelum aku nak mulakan bicara ni aku nak bagitau dulu awal-awal ya, segala figure yang aku buat dalam ni adalah sebagai contoh, dan bukan nilaian sebenar revenue, cost atau sebagainya business Kak Aina, lagipun bukanlah sesuatu yang sesuai kalau nak dedahkan figure-figure dalam business, especially business orang lain.


Tapi konsep, foundation dan asas bentuk business adalah betul dan kalau korang paham macamana aku paham, element ni aku rasa sangat-sangat penting untuk sesebuah business tu kelebihan tertentu dan bertahan lama. Aku storykan sikit kat bawah ni.


Kak Aina ketika buat office warming di PJ

kisahnya bermula begini...

Berdasarkan daripada pemerhatian aku pada awalnya aku perhatikan business kak aina ni nampak biasa-biasa je, almaklumlah aku ni kan budak baru belajar, lambat nak paham pasal business orang lain. Kak aina buat business HR & Payroll untuk syarikat-syarikat, khidmat yang Kak Aina tawarkan ialah HR Solution, outsourcing payroll service, HR documentation, hiring dan sebagainya, dengan kata lain business kak aina bertindak sebagai HR department untuk business-business syarikat-syarikat tersebut, kalau nak tau lanjut berkenaan business Kak Aina boleh pergi ke website dia kat sini. Dengan kata lain, untuk sesebuah syarikat yang mungkin tenaga kerjanya 8-20 orang, mereka tak perlu nak pening-pening kepala menguruskan hal-hal HR, hire sahaja company Kak Aina untuk uruskan. Korang fokus ajelah pada cari sales ngan buat marketing dengan production.


Pernah satu masa tu dia bertanya, rasanya pada tahun 2015, "mie ko punya business pernah tak jejak lebih 50k sebulan?" aku pun pelik la kenapa dia bertanya camtu. Aku mengandaikan mungkin dia bertanya soalan camtu diatas sebab-sebab berikut:


  1. Business kak aina mungkin susah nak mencapai 50k sebulan

  2. Dia nak tahu macamaana orang lain boleh jejak sales 50k sebulan


kalau bulan ni sales besar pun bulan depan belum tentu akan dapat sales yang sama besar.

Untuk business trading, 50k sebulan bukanlah sesuatu yang pelik.. kalau time ada projek dan jabatan-jabatan baru dapat budget insyaAllah lebih dari 50k revenue sebulah pun boleh dicapai,(saya tak dedahkanlah ya berapa sales sebulan untuk business saya sebab tak besar pun buat malu je nak bagitau). Tapi persoalan utamanya ialah, untuk sesebuah business, kalau bulan ni dapat 50k ke atau 100k ke atau 200k sekali pun sebulan.. boleh tak business tu dapatkan secara KONSISTEN revenue yang sama tiap-tiap bulan? untuk business trading, macam aku, jawapannya tidak semestinya... kalau bulan ni sales besar pun bulan depan belum tentu akan dapat sales yang sama besar. Ia bergantung kepada projek yang berjaya diperolehi pada bulan tersebut.

Kak Aina bersama teamnya

Berbalik kita kepada business kak aina, bila dah lama kenal dan berkomunikasi aku boleh lihat yang business HR Service kak aina ni semakin berkembang, dan client semakin ramai. Dan salesnya setiap bulan boleh dikatakan semakin membesar & secara konsisten. Kat situ aku mula perasan tentang bentuk business yang kak aina jalankan ni.


Aku observe ada 2 element yang sangat penting dan aku belajar daripada business yang kak aina jalankan ni. Kalau business korang ada 2 elements ni aku rasa ia boleh membantu revenue bulanan untuk lebih stabil. Aku sharekan apa dua elements tersebut dibawah.


Element #1: Konsistensi

Aku pernah tanya dengan kak aina, berapa biasanya dia caj client, kak aina cakap paling rendah RM500 dan ada juga yang lebih RM1,000 untuk client yang mempunyai ramai pekerja. Dalam hati aku terdetik ooohhh.. tak banyak jugak salesnya, kalau ada 5 client baru dapat RM 2,500 - 5,000 sebulan kalau 10 client business kak aina dapatlah Rm 5,000 - Rm 10,000 sebulan, memandangkan business kak aina ni adalah service kira oklah tu untuk dapatkan profit dan boleh cover overhead.

Kat situ business kak aina ada element konsistensi dalam salesnya untuk tiap-tiap bulan. Besar atau tidak salesnya tu bukanlah persoalannya, tu kita cerita di point yang berikutnya

Tapi chisss... aku lupa.. aku lupa.. dan aku lupa.. business jenis macam kak aina buat ni, 1 client dia dapat walaupun RM 500 shj sebulah tapi dia akan pegang client ni paling minimum setahun maka dia akan dapat RM 500 untuk satu client tiap-tiap bulan dalam tempoh setahun. Walaupun Rm500 tu mungkin itu nampak kecil, harus diingat..!! itu baru 1 client, dan untuk 1 bulan, tapi seorang client kak aina akan engage untuk paling kurang 12 bulan...!! kalau 10 client? walaupun revenue range dalam Rm 5,000 - Rm 10,000 tetapi mereka akan buat bayaran untuk servis kak aina tiap-tiap bulan. Kat situ business kak aina ada element konsistensi dalam salesnya untuk tiap-tiap bulan untuk satu tempoh paling kurang setahun. Besar atau tidak salesnya tu bukanlah persoalannya, tu kita cerita di point yang berikutnya. Yang penting business kak aina dapat secure konsistensi untuk tiap-tiap bulan. Kak aina kiranya dah boleh jangka berapa minimum revenue yang diperoleh tiap-tiap bulan untuk sepanjang tahun. Dia boleh agak next dua tiga bulan berapa revenue yang bakal masuk ke dalam business.


Gambar aku tumpang menyibuk dengan kak aina dan kawan-kawan lain

Element #2: Growth-stability

Bila satu client kak aina dapat konsisten sales katakan minimum RM500 sebulan, ia juga bermakna kak aina secure salesnya sebanyak RM 6,000 untuk sepanjang tahun dari seorang client. Tentang growth pulak macamana..? saban tahun business kak aina ni menambah client-client baru yang memerlukan khidmat HR di situlah revenue yang sebelum ini konsisten, kini dapat advantage untuk GROW pulak. Setiap satu client baru yang kak aina dapat ia akan menyumbangkan pertambahan revenue untuk bulan mendatang dan sepanjang tahun. Kita boleh nampak growth stability yang baik untuk business Kak Aina.



Ketika terlibat dalam salah satu projek kerjasama Teambuilding Client. (Lagi gambar aku menyibuk)

Bayangkan kalau sorang client dapat contribute sales sebanyak rm 500, kalau 5 clients dah rm 2,500, kalau 10 clients dah rm 5,000 sebulan, kalau 30 clients 15,000 sebulan kalau 50 client kak aina mampu beroleh revenue Rm 25,000 sebulan dan untuk tiap-tiap bulan dan setiap client revenue tersebut konsisten untuk setahun, kalau untuk 12 bulan dah Rm 300,000.00. Dan kalau business client Kak Aina ni berkembang dengan pertambahan pekerja maka business Kak Aina juga turut sama berkembang.



Ni contoh sahaja ya korang jangan ingat ni figure sebenar business kak aina, along the way tu of courselah maybe ada client yang dicontinue dan ada juga dapat client yang baru ke dan sebagainya. Ni pada pandangan aku ajela ya.. sebagai orang yang buat business, bukanlah pandangan sorang yang pakar ya.. pada aku once kita dapat capai & kawal konsistensi yang bagus ia akan lebih mudah untuk capai growth-stability.


Kereta tu bukan kereta Kak Aina ya..

Kesimpulan


Agak sukar nak dapatkan good konsistensi, lebih-lebih lagi kalau business baru dimulakan dan keadaan ekonomi tak menentu, Aku pun tak tau next four months apa projek yang masuk dan berapa anggaran revenue company aku pada waktu itu.

Tapi harus kita sedar ya, tak semua business mudah nak dapatkan kedua-dua element macam ni. Lain business lain naturenya. Kalau business yang berbentuk mempunyai tempoh kontrak untuk jangkamasa tertentu mungkin boleh mendapatkan element Konsistensi & Growth-stability. Macam business trading yang aku buat lebih kepada project basis. Ada projek, ada supply kita deliver dan jalankan business. Agak sukar nak dapatkan good konsistensi, lebih-lebih lagi kalau business baru dimulakan dan keadaan ekonomi tak menentu, Aku pun tak tau next four months apa projek yang masuk dan berapa anggaran revenue company aku pada waktu itu. Tapi business macam kak aina ni, jangkaan kasar dapat dilakukan untuk tempoh mungkin dari 3 bulan ke setahun yang akan datang berdasarkan berapa client yang dia ada pada waktu ini. Dan setiap client baru yang dia dapat akan membantu revenue business kak Aina untuk grow secara stabil dan consistent. Dari situ adalah lebih mudah untuk merancang business perjalanan business secara long term.


Ni menurut pandangan aku dan perkara yang aku belajar melalui experience orang lain ya. Selebihnya terpulang kepada penelitian korang sendiri, sama ada boleh dimanfaatkan atau idok. Sebab pada aku perkara ni penting dan membuka mata, walaupun lama baru aku perasan tapi it's never to late to start, aku pun kaji dan cuba buat business yang boleh ada 2 elements macam ni.


So, aku nak akhiri artikel ringkas ni dengan satu persoalan kepada korang, ada tak business-business yang lain yang boleh dapatkan revenue secara consistent dan kebolehan untuk ada element grow stability macam business kak aina ni..? Of course hado kan..?? tapi business apokah itu..? nak jawab dalam hati boleh, nak komen pun boleh. Mana tau boleh kongsikan pengetahuan dan pengalaman yang korang ada tu untuk manfaat orang lain pulak kan..? Moga cerita aku ni bermanfaat ya..


Sekian, Adios..


143 views0 comments

コメント


bottom of page