Ini hari aku story sikit pasal salah sorang kenalan business yang aku kenal ni Abam Zulhelmi. Anak kelahiran Klang, Satu ketika dahulu dia bekerjaya sebagai seorang Engineer salah sebuah syarikat oil & gas. Bukan calang-calang ya, kerjaya bagus gaji pun mantop. Ni aku storykan sikit macamana Abam Zulhelmi ni boleh jadi seorang "SELLFISH..."
Perjalanan Berbusiness
Tapi pada 2016 Abam Zulhelmi cuba untuk business setelah kena retrenchment dari syarikat oil & gas tersebut. Maklumlah kerja dah bagus gaji pun dah sedap, tiba-tiba kena retrenchment pulak, confirm termenung sekejap. Dalam nak mencari jalan tu Abam Zulhelmi try buat business, entahkan betul entahkan tidak jalan yang dia pilih, tapi berapa banyak pun pilihan jalan yang dia ada. So, Abam Zulhelmi mulakan dengan business perfume kereta. Tapi tidaklah dapat untuk bertahan lama dan menemui jalan buntu... business pertama tu memang kadang-kadang tak berapa menjadi dan kadang-kadang memang ia merupakan sekadar tempat untuk menimba pengalaman awal berbusiness. Jadi, kalau korang ada try buat sesuatu business dan tak menjadi, jangan kecewa lama sangat ya.. ramai yang senasib... yang penting bangun dan usaha lagi.
Memulakan business ikan segar
Selepas gain meaningful experience dalam business perfume kereta tu Abam Zulhelmi ni kemudiannya bergerak kepada business yang lain pulak. Macamana Abam Zulhelmi ni boleh jadi "SELLFISH" pulak? Story ringkasnya begini... pada satu hari Abam Zulhelmi ni ada berborak-borak dengan seorang kenalan business dia Dr. Liz (Engineer borak ngan Doktor aku rasa memang berbual fakta, nombor ngan equation ajelah.. ha..ha..) dalam berborak tu mungkin sambil mencari idea dan salah satu benda yang Dr. Liz tu kata "Kalau you jual ikan pun i akan beli..." dan memandangkan Abam Zulhilmi ni ada sedikit kelebihan pasal duduk kat Kuala Selangor, jadi sangat mudah nak dapatkan ikan-ikan segar.. So WHY NOT business supply ikan..?
Pada March tahun 2018 dia pun mulakan. Okeh kita flashback sekejap, dah belajar tingi-tingi, jadik engineer kemudian buat business jual perfume kereta, business tak menjadi... lepas tu pilih untuk jadi penjual ikan pulak? macam jauh tersimpangkan? tapi tulah Semangat nak buat business tetap menebal dalam hati Abam Zulhelmi ni.
Aku tanya dia apa yang buat kan dia bersemangat untuk terus berbusiness ni. Memandangkan dia ni bekas engineer oil & gas, dia pun jawab ala engineer ngan aku... dia kata "Unlocking milestone after milestone. You wouldn't know it unless you try..." yang mana maksudnya tu bila kita dah mulakan sesuatu kita akan membuka satu persatu ruang dan peluang. selagi kita tak cuba kita takkan tahu.. Dan bila dah mulakan business ni Abam Zulhelmi mula mendapat peluang-peluang dan ruang-ruang baru. Dengan semangat yang bergelora dengan bangganya dia melahirkan FISHVALET, dan kalau korang nak tengok FB page Fish Valet ni boleh click kat sini.
Okeh kita flashback sekejap, dah belajar tingi-tingi, jadik engineer kemudian buat business jual perfume kereta, business tak menjadi... lepas tu pilih untuk jadi penjual ikan pulak?
Aku memang tak ceritalah pengalaman-pengalaman getir yang dia lalui sepanjang dia menjadi "SELLFISH" ni, sebab pada aku, sapa-sapa punya business pun rasanya ada lalui waktu-waktu kepayahan, business Abam Zulhelmi ni pun tak terkecuali, kalaupun pahit atau berat, tak perlu nak sentimental lama-lama sangat. Semua tu jadikan penguat semangat dan teruskan melangkah (lagipun Abam Zulhelmi ni, setiap soalan yang aku tanya dia jawab sepatah-sepatah ikut skema, macam engineer jawab soalan.. jadi memang tak de nak sentimental lah ya..). Aku cuma storykan kat sini tentang cabaran yang Abam Zulhelmi hadapi, macamana dia cuba mengatasi cabaran tu dan pasai apa customer suka berurusan dengan business dia.
2 Cabaran Dalam Business FishValet & cara mengatasinya
Bila aku ditanyo, so far ok ke business? Alhadulillah ok, memang adalah cabaran-cabarannya, delivery arrangement, PKP, cabaran masa nak mula dan sebagainya tapi kan Abam Zulhelmi ni kuat semangat dan cabaran tu datang untuk diatasi, dari masa ke semasa dia hadap dan atasi cabaran-cabaran tu. Antara cabaran yang dihadapi ialah:
1. Mendapatkan new customer,
Maklumlah business yang baru dimulakan pada 2018, untuk dapatkan customer base yang besar dan membina brand pastinya mengambil masa, tambahan pulak setiap customers dah terbiasa dengan cara masing-masing dalam membeli makanan laut, samaada di pasar, hypermarket, online dan sebagainya. Jadi apa yang Abam Zulhelmi buat untuk mengatasi cabaran ni? Abam Zulhelmi fokuskan kepada delivery yang terbaik kepada setiap satu customer yang dia ada, dan sekiranya diorang sangat berpuas hati dan suka dengan kualiti yang Abam Zulhelmi berikan, mereka sendiri akan bagikan strong recommendation kepada orang lain. Dari situ Abam Zulhelmi boleh dapatkan customer-customer baru. Dan proses itu berterusan apabila setiap customer membantu dengan merecommend business Abam Zulhelmi kepada kenalan-kenalan mereka. Business by strong recommendation dari trusted referral ni memang sangat-sangat membantu.
Business by strong recommendation dari trusted referral ni memang sangat-sangat membantu
2. Sumber yang agak terhad
Sumber makanan laut ni bukan selalunya time kita nak tu ada, bukan time kita nak time tu jugak dapat dan terbentang depan mata, bab ikan ni ada juga musim-musimnya. Ada masanya ikan ni takdo, ada maso ikan tu tak ada. Dan bila sumber agak terhad Abam Zulhelmi ni kenalah cari jalan yang bersesuaian supaya masalah ni dapat diatasi. So apa yang Abam Zulhelmi ni buat? adakah abam zul sendiri kena turun ke laut cari sendiri ikan tu?? owhh tidak.. dia menambahkan resource-resource yang dia ada dan menambah contact-contact baru pemborong ikan yang ada di Kuala Selangor supaya dia ada banyak alternatif untuk sumber-sumber laut yang ingin dibekalkan mengikut permintaan customer.
Gambar di atas credit to Photographer Hafiz Ismail sewaktu program "Digital Detox Revolution"
Bro, apa yang buat customers suka membeli dengan ko...?
Lebih kurang macam ni la soalan aku pada Abam Zulhelmi kita ni, dia kata yang penting kesegaran produk yang dibekalkan tu, dan kesegaran hasil laut tulah sebenarnya advange yang ada pada Abam Zulhelmi. Pada mereka yang tahu tentang kualiti rasa hasil laut yang segar tentu dapat membezakannya. Jadi Abam Zulhelmi akan sentiasa pastikan yang dia dapat produk yang segar dan membekalkan hanya yang segar sahaja kepada pelanggan-pelanggannya... kalau nak kata customer Abam Zulhelmi ni membeli sebab diorang suka berurusan dengan Abam Zulhelmi pun mungkin juga, sebab, sepanjang aku kenal, dia ni seorang yang baik, deliver apa yang dikatakan, sopan dan boleh dipercayai. Mungkin selain faktor hasil laut yang segar bugar, faktor sikap Abam Zulhelmi sendiri pun membuatkan customer sentiasa suka dan senang nak berurusan dengan dia. Tapi aku pecahkan kepada 3 bahagian kat bawah ni kenapa customer suka membeli ngan Abam Zulhelmi ni.
Quality & Fresh products
Ada 2 story yang Abam Zulhelmi sharekan yang mana aku rasa mungkin kita boleh buat rujukan sikit.
Story #1: Pernah ada husband kepada salah seorang customer Abam Zulhelmi kata, lebih kurang macam ni lah "Kalau buat laksa tu make sure ikannya ialah ikan yang Zulhelmi supply, kalau tak, dia tak nak makan" sampai macam tu sekali beza kualiti kesegaran ikan yang Abam Zulhelmi supply.
Story#2: Salah seorang customer, lepas rasa ikan yang Abam Zulhelmi supply, dia pernah try ikan yang dibeli dari market, rasa terlalu berbeza dan dia tak boleh nak makan dah ikan yang dibeli dari tempat lain.
Listen to customers
Memandangkan business Abam Zulhilmi ni boleh dikatakan agak baru, jadi memang dia ambil inisiatif untuk mendengar daripada customers, segala compalint, input cadangan, feedback dan sebagainya akan didengar dan diteliti oleh Abam Zulhelmi. Bagi Abam Zulhelmi ia amat penting untuk gunakan input-input tu untuk improve business FishValet. Baik dari segi produk, business operation dan sebagainya.
Committed to give the best
Lagi satu perangai Abam Zulhilmi ni dia punya commitment untuk deliver terbaik sampaikan kalau ada diantara customers yang complaint produk yang dibekalkan tidak segar, dia akan gantikan tanpa banyak tanya. Ya.. Abam Zulhilmi memang mementingkan kesegaran produk untuk customer dia. Kalau tak segar bukan FishValet.
Excellent Product + Excellent Service + Good Attitude = Customers(Loyal + Repeat + Recommend)
Owh ya.. Kalau korang rasa nak try rasa ikan fresh dari Abam Zulhelmi ni boleh contact direct di link ni, terus ke whatapp Abam Zulhelmi. Delivery seluruh Klang Valley, Waktu delivery Isnin dan Khamis setiap minggu. Ataupun boleh jenguk ke FB FishValet Abam Zulhelmi kat sini.
Kesimpulan
Dalam business Abam Zulhelmi kita dapat observe yang dia gunakan kelebihan yang dia ada, untuk jalankan business. Tinggal di Kuala Selangor dan boleh mendapatkan bekalan ikan segar untuk di bekalkan secara delivery kepada pelanggan-pelanggan yang dia ada. Niche kepada mereka yang memang cari ikan segar.
Selain tu kalau kita perasan masa awal-awal Abam Zulhelmi diberi cadangan untuk jual ikan oleh salah sorang kenalan business dia. Ini menggambarkan sebenarnya penting untuk kita ada network yang baik dan boleh dipercayai. Pertama, network mungkin nampak kelebihan yang Abam Zulhelmi ada, yang mungkin dia sendiri tak perasan sebelum ni, dan yang kedua bila kita ada trusted network, insyaAllah mereka sendiri cuba bantu dan support business yang kita jalankan.
Selain tu aku rasa attitude baik yang Abam Zulhelmi ada ni pun sebenarnya banyak membantu untuk customer dia lebih mudah, senang dan percaya untuk berurusan.
Kita doakan supaya business Abam Zulhelmi ni dan business kawan-kawan kita yang di luar akan sana berjaya ya. Bagi yang tengah menghadapi cabaran sekarang ni mungkin boleh pertimbangkan untuk try-try business sebagai salah satu option, kalau kita cari jalan insyaAllah akan jumpa jalan. Moga sharing tentang business-business rakan-rakan kat dalam blog aku ni sikit sebanyak boleh dijadikan rujukan dan bacaan bermanfaat untuk korang ya. Terima Kasih
Sekian, dah penat mengarang ni.. Adios
Comments