Ni aku cerita pasal aku lah ye.. bukan baru nak start online, website pun sebelum ni dah ada tapi tak betul-betul di optimumkan penggunaan. Bila dah ke PKP ni barulah rasa ada masa sikit nak cuba-cuba Go Online ni, tu yang siap buat Blog ni ha..ha.. Terlambat?? tak apa lah.. for me it's never to late, kalau medium online ni tak bermanfaat untuk aku pun harap dapt bermanfaat untuk orang lain, kot-kot boleh buat rujukan nanti.
"Bila dah ke PKP ni barulah rasa ada masa sikit nak cuba-cuba Go Online ni, tu yang siap buat Blog ni ha..ha.. Terlambat?? tak apa lah.. for me it's never to late"
Cakap pasal Go online ni aku nak share sikit pengalaman aku berkenaan dengan buat website. Bagi sesetengah orang yang syarikatnya besar maybe tak menjadi masalah. tapi untuk business kecik macam aku ni bila sumber-sumber yang ada kena gunakan sebaik mungkin dan agak berkira.
Dah lama mulakan
kalau ikutkan nak go online ni paling asas pun kena ada akaun FB, instagram, Whatapp dan website. Untuk FB, Instagram dan whatapp ni paling senang dan paling mudah untuk semua orang ada dan FREE pun. tapi untuk website ni perlukan extra effort. So aku ceritakan pengalaman aku untuk website ni dan kenapa aku paham sebab-sebab orang payah nak buat website.
Mula-mula...
10-11 tahun dahulu aku dah star cuba nak buat website, yang paling mula-mula sekali aku cuba ialah dengan buat guna blogspot.com tak adalah website sangat jadiknya, rupa macam blog lah website company aku. Sebab tu aku tengok paling mudah. Register blog dan beli domain dot com, terus je siap. tapi memang nampak tak profesional. Untuk update memang sangat mudah. log in dah boleh terus Update.Masa tu phone pun bukan smart phone ye... nokia masih popular. tapi nak update blog macamana kalau guna NOKIA.
Kemudian..
ada satu freelancer approach untuk aku buat website, berdasarkan harga yang diberikan aku pun setuju, sebab company banyak nak berurusan dengan pelanggan yang dari bank, keranaaan, GLC dan swasta, so nak nampak professional sikit janji kita ada website. Bila dia dah buat aku macam tak berapa suka dengan design dan sebagainya. Tapi ini pun mungkin salah aku juga la, tak sampaikan betul-betul macamana website yang aku nak. bila dah siap dan proses nak tukar-tukar content, katalog dan sebagainya ambil masa dan pada aku leceh.
Kemudian..
Setelah beberapa ketika.. aku tak maintain pun website tu pasal kadang-kadang susah nak contact freelancer tu. Jadi business aku sekadar ada website simple & domain ajela, still kira ok. Tapi dah lama tu sampai domain aku pun expire aku cari mekanisma lain untuk buat website ni. Aku jumpa satu satu platform ni yang sangat mudah dan agak simple nak buat kang aku sharekan link dia, aku agak happy dan rasa sangat senang nak buat website with professional look, aku pun upkan la website aku. Then aku jumpa satu sompany ni mintak dia buatkan analisis sikit pasal website aku. Pasal website tu aku pun buat sendiri kan, mana la aku tau pasal pemarkahan sesuatu website. Aku tak ingat apa platform yang dia guna... pasal dah lama dah pun. Dia kata banyak kekurangan dengan website aku, contohnya ada icon tak function, SEO(Search engine optimization) tak ada dan lain-lain lagi lah...
"dan aku pun taklah salahkan mereka cuma mungkin akulah yang tak communicate betul-betul..:
Maka..
aku pun lagi sekali hire dia untuk buatkan website aku yang dengan harapan boleh drive relevant traffic untuk dapa sales from online. Tetapi... isu yang sama juga berlaku, nak communicate content, dan lain-lain mengambil masa yang lama, design tak seperti expextation aku (expectation aku tak tinggi ehh..) dan aku pun taklah salahkan mereka cuma mungkin silap akulah yang tak communicate betul-betul.
Jadi...
agak serik lah aku nak hire mana-mana orang atau company untuk buatkan website aku, disamping makan masa, aku rasa naik aku try buat sendiri. Jadi selepas beberapa ketika aku gunakan lah platform yang aku selesa gunakan sebelum ni, dan time to tima platform yang aku guna ni improvised. Kalau sebelum ni antara isunya ialah berkenaaan dengan SEO, sekarang masalah tu telah diatasi. ni contoh website yang aku buat untuk company aku:
baiklah...
aku sharekan kat sini beberapa FREE tools untuk buat website analysis:
2. Nibbler
3. Woorank
Bagi yang belum ada website dan tidak berapa berani nak hire orang lain dulu saya rekomen satu website ni sangat mudah je nak buat website. Nak try explore dulu pun tak ada masalah dan ada FREE version kalau masih belum bersedia nak letak domain sendiri atau dot com. Next posting aku akan sharekan kelebihan-kelebihan kenapa aku suka sangat guna web builder ni. Boleh Click kat sini https://bit.ly/LinkWebBuilder
Harap dapat bermanfaat. Maklumlah baru nak start visibility secara Online. Terima Kasih
Kommentare