Hari ni aku nak sharekan posting kawan sekelas aku masa saya tingkatan 4 dan 5 dulu. Nama beliau Rohazah Alwi, alhamdulillah sekarang beliau bekerjaya sebagai pegawai polis berpangkat DSP (Pegawai Turus D4). Tahniah di atas kejayaan kerjaya beliau berkat daripada kesungguhan menjalankan tanggungjawab dan ikhlas dalam melaksanakan kerja.
Hari tu melalui FB beliau aku tertarik dengan tips yang dikongsikan, rasanya kita boleh ambil manfaat dan mungkin boleh di amalkan sebahagiannya. Kat bawah ni aku kongsikan 8 tips ringkas tapi padu tu. Moga bermanfaat.
SAYA SUKA KERJA SAYA
Ye ke? Ramai yang boring nak pergi kerja. Antara alasannya.. tak minat bidang itu, bos tak best, bermasam muka dgn rakan sekerja, gaji ciput, pangkat tak naik, monday blues, dan lain-lain. Hang pikir hang anak raja? Ada bisnes juta-juta? Fikir ini opis abah kita punya?
Berikut tips bersemangat nak pergi kerja dengan gembira dan bahagia:
Tip #1
Tidur awal dan bangun awal pagi sebelum subuh. Ko bukan baby nak kena tidur sampai 8 jam. Berpagi-pagi dimurahkan rezeki. Amalkan Allahumma Ya Bari' (33 Kali). Tapi kalau nak nyanyi lagu BlackPink gasak ler..
Tip #2
Pastikan sampai ke pejabat 20 minit lebih awal untuk buat persiapan. Baca laporan, highligh point penting dan dptkan maklumat tambahan. Kalau lambat apapun x sempat, dlm mesyuarat nanti ternganga depan bos. uk ak uk ak..
Tip #3
Jangan skip breakfast and lunch. Waktu lunch sila berhenti rehat walau tidak keluar makan cari tempat duduk selain meja kerja anda. Sesekali berpuasa sunat, selain pahala dapat extra time untuk santai-santai di MPH atau IKEA.. ehemmmm...
Tip #4
Dapatkan port solat kalau tiada pejabat sendiri. Selain solat boleh lelap 15 minit sebelum zohor utk dapat energy semula. Solat awal waktu. Kalau berpeluang tunaikan dhuha antara jam 10am to 11am. Jangan lajak tertido dari dhuha sampai asar udah la..
Tip #5
Habiskan kerja pada hari yang sama. Jangan simpa n fail dan jangan tunda kerja untuk esok. Tapi kalau lagi fail timbun lagi ko bahagia bedal saja lah..
Tip #6
Jangan join kumpulan membawang. Join kumpulan potong bawang masak sup ayam tghari jumaat xpe
Tip #7
Ada orang yang awak bengang? Biarkan saja tak perlu confront. Lambat laun dia pelik dia macam tak wujud depan awak. Why why why..
Tip #8
Ni point paling penting. Walau apa pun situasi.. tarik nafas dan senyum.... Cuba ambil gambar gambar sedang murung dan gambar sedang senyum ceria .. mana yang awak suka??
Sekian perkongsian yang harapnya dapat bermanfaat untuk korang baca. Walaupun sekarang ni PKPB, ada yang mungkin tak perlu pergi pejabat tapi sikap yang betul dengan kerja tetap kena ada ya.. sekian terima kasih
Adios..
Comments